Visi dan Misi


VISI SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAM

SEKOLAH UNGGUL PELAJAR GENERASI TERBILANG

MISI SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAM

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


FALSAFAH  SEKOLAH

Segala yang dilakukan di sekolah ini adalah seiring dengan cita-cita yang diilhamkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Semoga lahirlah kumpulan individu pelajar yang dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek, emosi dan jasmani. Oleh itu, segala peluang dan sokongan harus disediakan bagi memastikan cita-cita ini tercapai;

·       Pelajar yang berpotensi, mampu dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan.
·       Guru-guru yang bertanggungjawab dan bersedia dengan keupayaan dan kebolehan ikhtisas bagi kecemerlangan.
·       Waris pelajar yang mahu melihat anak mereka menjadi insane yang seimbang dan cemerlang.


MATLAMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAM AKAN BERUSAHA KE ARAH MEREALISASIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:

·       Kecemerlangan pelajar secara individu
·       Peningkatan pelajar secara menyeluruh
·       Melatih Pelajar ke arah Jati Diri:
          Sihat fizikal dan mental
          Memiliki sahsiah yang mulia
          Berdedikasi dan bertanggungjawab
          Penyumbang keharmonian dan kemakmuran masyarakat
          Mengamalkan budaya ilmu
·       Meningkatkan peratus peperiksaan UPSR dan mengurangkan nilai GPS bagi setiap mata pelajaran.
·       Meningkatkan pencapaian LINUS murid-murid tahap 1 sebelum mereka melangkah ke Tahap 2.
·       Penyertaan aktiviti kokurikulum dan hal ehwal murid secara menyeluruh dan ada aktiviti yang boleh mencapai penyertaan sehingga ke peringkat negeri.
·       Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan bagi semua peringkat.
·       Menjalin hubungan erat dengan semua pihak terutama ibu bapa, masyarakat setempat dan agensi-agensi berkaitan.


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAM

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAM BERIKRAR DENGAN PENUH ILTIZAM AKAN BERUSAHA MENJAYAKAN:

·       Berusaha bersungguh-sungguh bagi mendidik anak-anak didik kami ke arah kecemerlangan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
·       Melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, imaginatif, berdisiplin serta penyayang .
·       Pengurusan dan kepimpinan yang dinamik ke arah kecemerlangan.
·       Mempertingkat tahap pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah.
·        Berusaha mencapai tahap tanpa cacat “ZERO DEFECT” dalam aspek pendidikan dan pentadbiran.
·       Berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa kepada semua murid.
·       Memastikan pencapaian kelulusan UPSR tidak kurang daripada 65% peringkat JPN Kedah.
·       Berusaha melahirkan insan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi daan jasmani agar menjadi warganegara yang baik.
·       Berusaha melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dapat memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
·       Berusaha meningkatkan prestasi sekolah dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan pengurusan ke arah yang lebih cekap dan cemerlang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan