Sejarah Sekolah



SEJARAH SEKOLAH

Berdasarkan bilangan penduduk di kawasan Pekan Sik Dalam yang merangkumi Kampung Charuk Kit, Kampung Sik Dalam, Kampung Banggol, Kampung Tua, Kampung Tanah Hitam, Kampung Balong Ayam dan Kampung Durian Burung begitu ramai, sebuah sekolah rendah telah dicadangkan supaya diadakan. Di samping itu, sekolah-sekolah yang paling hampir, jaraknya agak jauh dari kampung-kampung seperti di atas.
              Setelah perkara ini diutarakan kepada pihak-pihak tertentu, maka sebuah sekolah telah diluluskan pembinaannya. Pada mulanya kawasan tapak pembinaan sekolah agak jauh ke dalam dari jalan raya. Hal ini menimbulkan masalah perhubungan. Oleh itu, satu tapak yang lain dicadangkan semula. Nampaknya kawasan tapak yang baru ini begitu bersesuaian.
            Lantaran itu, pemugaran bermula padatahun 1980. Pemugaran kawasan tapak pembinaan bangunan sekolah adalah di bawah pengurusan Jabatan Pelajaran Kedah dan dibiayai oleh Bank Dunia.
           Pada penghujung tahun 1981, tersergamlah sebuah bangunan tiga tingkat, sebuah bangunan kantin, padang permainan yang sederhana luasnya, dan sedikit kawasan lapang (berbukit) dalam kawasan berpagar seluas lima (5) ekar.
           Sekolah ini yang jauhnya 3km dari Pekan Sik beroperasi pada 01 Januari 1982.  Sekolah ini yang pada mulanya merupakan sekolah cawangan kepada Sek. Keb. Paya Terendam dengan pelajar berjumlah 220 orang.
          



Guru Besar sekolah induk yang merangkumi sekolah cawangan ( SK. Sik Dalam ) pada masa itu ialah Encik Shahbudin bin Sulaiman. Sek. Keb. Sik Dalam pada masa itu ditadbiroleh seorang guru Penolong Kanan iaitu, Encik Zainol bin Latifff dan dibantu oleh seorang pekerja am dan beberapa orang guru iaitu;
1.      En. Mat Zaki bin Baharom
2.      En. Abdul Aziz bin Abdul Rahman
3.      Cik Jamilah bt Abdul Rahman
4.      Cik Rokhiza bt Long
5.      Cik Azizah bt Azit
6.      Cik  Khoo Lean Geok
7.      En. Md Isa bin Said
         Sekolah mula beroperasi dengan enam bilik darjah iaitu darjah satu hingga darjah enam. Murid-muridnya adalah terdiri daripada murid-murid persekitaran yang sebelumnya belajar di Sek. Keb. Paya Terendam, Sek. Keb. Sik, Sek. Ren. Sik dan Sek. Keb. Chepir.
          Sekolah yang mula beroperasi ini mendapat peruntukan yang terhad. Oleh yang demikian, pada pertengahan tahun 1982, PIBG Sek. Keb. Sik Dalam telah ditubuhkan. Segala program dan aktiviti mula bergerak dengan adanya kerjasama erat PIBG dan guru-guru.
          Setelah berumur setahun tiga bulan, tanggal 14 Mac 1983, bersamaan hari Isnin, Sek. Keb. Sik Dalam dengan sempurna dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Kama Jaya Menteri Besar Kedah.
          Pada 01 Januari 1984, Sek. Keb. Sik Dalam telah dibebaskan daripada menjadi sebuah sekolah cawangan. Bermula era pentadbiran sendiri di bawah pentadbiran seorang guru besar iaitu Encik Zainol bin Latiff dan dibantu oleh seorang pegawai kerani baru, Cik Fadzillah bt Yaakob.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan